Follow-Follow

Friday, 16 December 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Kita tengok gambar otak dulu meh ;









1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga , iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan , menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Hal ini akan mengakibatkan mengantuk , malas dan hilang daya fokus.


3. Merokok
Asap rokok sangat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel dalam otak. Yang ni mesti ramai dah tahu , tapi buat-buat tak tahu ! Backhand karang. Benci sungguh dengan manusia yang merokok ni.


4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Dan juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Menghidu Udara yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan PEROKOK juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat berbahaya kepada otak.


6. Tidur yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.


7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.


8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.


9. Jarang berfikir
Jzrang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka , selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.




*Lepas ni baca Al-Quran banyal-banyak tau ! Huhu ~

No comments: